// Tentang kami
Kepercayaan Anda
Kekuatan Kami
Di fasiharab.com, kami berdedikasi membantu pelajar dari pelbagai latar belakang menguasai Bahasa Arab dengan pendekatan yang praktikal, sistematik, dan menyeronokkan.
Gabungan tenaga pengajar berpengalaman, modul yang tersusun, serta kaedah pembelajaran moden dan tradisi menjadikan proses memahami Bahasa Arab lebih mudah dan berkesan.
5+
Tahun Beroperasi
// Cerita Kami
Menghubungkan Anda Dengan Bahasa al-Quran
Ditubuhkan dengan semangat untuk menyebarkan ilmu, fasiharab.com berperanan sebagai platform pembelajaran Bahasa Arab yang interaktif. Kami percaya, Bahasa Arab bukan sekadar bahasa, tetapi kunci untuk memahami al-Quran dan khazanah ilmu Islam dengan lebih mendalam.
- Tenaga pengajar berkelayakan & berpengalaman
- Kaedah pembelajaran moden & tradisi pondok
- Modul sistematik yang mesra pelajar
- Komitmen menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami & praktikal
// Mulakan langkah anda
Proses Pendaftaran
1. Daftar Online
Isi borang pendaftaran di fasiharab.com dan pilih pakej pembelajaran yang sesuai.
2. Terima Akses Kelas
Setelah pengesahan dibuat, pelajar akan menerima akses ke kelas, bahan pembelajaran & jadual.
3. Mulakan Belajar
Ikuti kelas pertama bersama ustaz/ustazah yang berpengalaman & teruskan perjalanan anda menguasai Bahasa Arab.
// tentang kami
Tenaga Pengajar Fasih Arab
Latar Belakang
Ustaz Muhd Huzaifi bin Baharudin, atau lebih dikenali sebagai Abu Tasneem, memulakan pengajian Al-Quran di Masjidil Haram, Makkah (1994). Beliau kemudiannya menuntut di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin (1996–2001) dan menyambung pelajaran menengah di SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki (2002–2006).
Seterusnya, beliau mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, jurusan Ukur Tanah (2007–2008) sebelum kembali mendalami ilmu agama di Pondok Moden Kandis, Bachok, Kelantan (2009–2011).
Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah, dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian (2012–2017).
Bidang Kepakaran
Bahasa Arab
Ilmu Nahwu
Ilmu Soraf
Pengajian Al-Quran
Kaedah pengajian tradisi & moden
Pengalaman & Peranan Semasa
Berbekalkan gabungan ilmu tradisi pondok dan pendidikan moden, Abu Tasneem aktif dalam penyampaian ilmu khususnya dalam bidang bahasa Arab, dengan penekanan kepada ilmu Nahwu dan Soraf.
Kini, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar sukarela di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, di samping terus mendidik masyarakat dengan pendekatan yang mudah difahami, mesra pelajar, serta berpaksikan kefahaman sahih daripada sumber tradisi dan kontemporari.
Latar Belakang
Ustaz Riski Amanda merupakan lulusan Universitas Al-Azhar Asy-Syarif, Cairo, Mesir. Sebelum itu, beliau pernah menuntut di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Aceh dan merupakan alumni Ali Hasjmy Boarding School, Aceh.
Pengalaman
Imam solat lima waktu di Masjid Ar-Rahman, Cairo (2018)
Penterjemah kandungan bahasa Arab–Indonesia di media sosial (2019 – kini)
Pengajar bahasa Arab secara atas talian (2022 – kini)
Pembimbing jemaah umrah (Mutawwif) sepenuh masa (2023)
Penterjemah bebas Arab–Indonesia (2023 – kini)
Pengajar tetap bahasa Arab di Darul Lughah, Aceh (2024 – kini)
Bidang Kepakaran
Bahasa Arab (pengajaran & komunikasi)
Terjemahan Arab–Indonesia
Dakwah & bimbingan ibadah
Peranan Semasa
Kini, Ustaz Riski Amanda berkhidmat sebagai pengajar tetap bahasa Arab di Darul Lughah, Aceh. Di samping itu, beliau turut mengajar secara dalam talian dan aktif dalam bidang penterjemahan. Dengan pengalaman luas serta pendekatan yang sistematik dan mesra pelajar, beliau berdedikasi menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih mudah difahami, praktikal, dan menyeronokkan bagi setiap pelajar.
Latar Belakang
Ustazah Nuraisyahtul Khalilah binti Mohd Naim merupakan lulusan Master of Education (Teaching Arabic to Non-Arabic Speakers), IIUM dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa & Sastera Arab, IIUM.
Pengalaman Mengajar
Tenaga pengajar di Al-Amin Tropicana School Secondary (Bahasa Arab, Tingkatan 1–5)
Tutor Al-Quran & Tajweed di Pusat Pengajian Al-Irsyad
Pernah berkhidmat sebagai Guru KAFA & Guru Ganti Bahasa Arab di sekolah rendah
Bidang Kepakaran
Pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar bukan Arab
Bimbingan Al-Quran & Tajweed
Terlibat aktif dalam program pendidikan & tarbiyah pelajar
Peranan & Komitmen
Dengan gabungan ilmu akademik dan pengalaman praktikal, Ustazah Nuraisyah tul sentiasa komited dalam membimbing pelajar memahami Bahasa Arab & Al-Quran melalui pendekatan yang mudah difahami, praktikal dan berkesan.
Latar Belakang
Ustaz Muhammad Arif bin Abdul Rahman merupakan lulusan Sarjana Linguistik Arab dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa, UIAM. Beliau juga berkelulusan Asasi Bahasa Arab (UIAM) serta merupakan alumni SMKA Sultan Muhammad, Melaka. Sepanjang pengajian, beliau telah menerima Biasiswa Jamalullail IIUM Scholarship sebagai pengiktirafan kecemerlangan akademik.
Pengalaman
Aktif membentangkan kajian bahasa Arab & al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Pernah mengajar bahasa Arab, al-Quran dan pengajian Islam di sekolah, kolej dan universiti termasuk di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pemegang Sijil Pengajaran & Pembelajaran al-Quran (ABA HATA – al-Qalam Academy)
Diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengajar sehingga ke peringkat ijazah
Bidang Kepakaran
Linguistik Arab
Komunikasi Antarabangsa
Pengajaran & pembelajaran al-Quran
Teknik pengajaran moden yang praktikal & interaktif
Peranan & Komitmen
Dengan gabungan kepakaran akademik dan pengalaman luas dalam bidang bahasa Arab dan al-Quran, Ustaz Muhammad Arif komited membantu pelajar menguasai Bahasa Arab melalui pendekatan yang mudah difahami, praktikal, interaktif dan berkesan.
